Provok wrote:Ini sekadar pendapat..
aku nie mmg suka t-shirt...
hari2 aku pakai t-shirt..
aku nak kongsikan pengalaman aku dekat independent clothier malaysia.
Dah banyak negara aku pergi, aku ada gak tgk independent scene negara orang.
dari europe, australia, indonesia, philipines, America dan banyak lagi.
Aku kenal banyak juga indie clothier kat malaysia. Ada yang famous dan ada yang tak famous.
Aku suka tengok activity2 macam nie kat negara aku. Maklumlah, 9 tahun lepas susah nak tgk orang berlumba2 nak buat t-shirt sendiri dekat malaysia. Kat negara orang ramai buat t-shirt sendiri dari dulu. Kita jer suka lambat pickup.
satu dunia Dulu kenal Malaysia sebagai syurga barangan cetak rompak ( termasuk t-shirt ). Sekarang pon lebih kurang juga, selagi adanya uptown dan seangkatan, selagi tu lah ada brang cetak rompak.
Aku mmg orang yang support produk tempatan, tetapi aku cuma beli produk tempatan yang berkualiti tinggi. nak dapatkan T-shirt berkualiti tinggi tak semestinya kena beli dekat butik, majority t-shirt berkualiti tinggi yang aku ada, aku beli dekat tepi jalan atau pon dari indie clothier di serata dunia.
Dekat Malaysia nie, design dah bagus, tapi t-shirt cap ayam. Pakai oren sport, itluah , inilah dan macam2 lagi jenis2 cap ayam yang ramai orang suka pakai. aku nak bagi present kat kawan aku dari airline lain pon aku naik malu. Kadang2 tergerak hati aku nak promote budak2 malaysia dekat kawan mat saleh aku dari airline lain, tapi kualiti t-shirt indie malaysia mmg tak boleh blah langsung.
Logo nak gempak, design nak gempak, t-shirt cap ayam (oren sport). Oren sport nie dari time aku skolah dah ada. ini sesuai buat t-shirt skolah.
Mat saleh kat malaysia nie ramai, tapi dewang selalu remehkan indie t-shirt kat malaysia dgn alasan garment takda kualiti. Orang datang Malaysia tgk indie t-shirt Malaysia gelak2, balik indon buat bahan kutuk orang malaysia. Yang kita, orang malaysia selalu rasa kita ni dah bagus, padahal rata2 orang kat dunia nie tak kenal negara kata. kecuali kalau sebut twin tower.
Kalau tak percaya, cuba korang pergi luar negara dan try action skit macam mana orang malaysia action dengan bangsa asing di dlam Malaysia. Orang Malaysia tak Ubah macam bangla.
korang nak tau? dekat luar negara, banyak indie clothing jadi jutawan tau. tapi dewang tak pakai oren sport. dewang pakai hanes, fruit of the loom, american apparel dan gildan. Kalau korang pakai garment nie, aku cakap terus terang korang dah satu level dgn topshop. Tak perlu lah korang letak kat dalam mall. kat booth pon dah cukup. kain dia mmg mahal, lebih kurang 20 harga borang. Korang up skit 40. ada untung apa.
T-shirt thailand cetak rompak pon boleh jual 45 hinggit. tak kan t-shirt ori tak boleh.
Lagi satu, dekat malaysia banyak hanes cetak rompak. yang harga 10 hinggit tu mmg cetak rompak. kat jln tar tu mmg hanes cetak rompak. so jgn kena tipu.
Pakailah kain kualiti skit, kita kena biasakn diri dgn benda yang bagus. jgn asik biasakn diri dgn barang cap, sebab tu lah orang malaysia nie cap ayam. Orang dah pergi bulan kita masih kayuh basikal. T-shirt kualiti tinggi nie sedap pakai. Macam t-shirt dekat dalam mall. sedap kain dia. Tapi itu oren sport.
Sebenarnya, realiti yang kita tak nampak tapi aku percaya ramai orang malaysia dah nampak gak, TIDAK ADA APA YANG NAK DI BANGGAKAN JADI MALAYSIA INDIE CLOTHIER. Tapi, kita boleh berubah. berhentikan guna t-shirt cap ayam, baru lah kita boleh bangga. banyak kot desinger gempak2 kat malaysia, tapi kerana t-shirt cap ayam, langsung tak gempak.
Jgn takut, kebiasan orang malaysia terutama Melayu nie penakut keluar duit lebih. takut rugi. Itupasal dekat2 situ jer tak pernah berganjak. Bila korang guna material berkualiti tinggi, jual dekat psaran luar malaysia pon, mesti laku.
Aku ni takdalah bagus mana, tapi sebagai anak Malaysia aku dah buat apa yang patut aku buat.
bagus pengalaman awak nie. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Susah nak dapat feeedback macam yang awak kasi nie.
Ada betul juga kata2 kamu nie